CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, August 12, 2010

RESEPI AKU..


Makanan kegemaran anda semua ape ye waktu bulan posa ni?entah lah mulut saya ni kalau boleh macam2 nak rasa...nyam!nyam!cedapnya tak sabar nak balik umah..yang pasti nak tolong mak saya sediakan juadah berbuka...even anggotanye sikit tapi excited sangat..antara makanan yang saya idam-idamkan :


IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK


KEK INDULGENCE

AIR SOYA

1) AIR SOYA

Air soya ni senang jer buatnya..waktu kecik2 dulu mak selalu le buat...tapi dah besar nie saya yang disuruhnya,,tapi air tangan mak saya agi sedap..biasa la...bahan-bahan nak buat air soya ni ialah :
1.500 gm kacang soya
2.Sedikit garam
3.Gula secukup rase
4.Beberapa helai daun pandan

Cara-cara membuatnya :




1. Rendamkan kacang soya sebanyak 500gm dalam air selama 24 jam.

2. Basuh kacang soya dan toskan

3. Kisar kacang soya bersama air dalam mesin pengisar (ukurannya ialah secawan kacang soya bersamaan dua cawan air)

4. Tapis kacang soya yang telah dikisar dengan kain sebelum dimasukkan kedalam periuk (ini untuk mengelakkan air soya berkeladak)

5. Proses mengisar boleh diulangi mengikut kepekatan air soya yang diingini.

6. Seterusnya masak air soya itu dengan api yang kecil (air soya hendaklah sentiasa dikacau)

7. Masukkan beberapa helai daun pandan

8. Masukkan secubit garam

9. Masukkan gula secukup rasa

10. Sekarang anda boleh menikmatilah air soya anda...


2) IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK

Bahan-Bahan utama:
  • Seekor ikan patin (patin sangkar/original) (ikan disiang dan diperapkan dengan asam jawa &limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir ikan selama 1 jam)
  • 2 ulas kunyit hidup (ditumbuk halus)
  • 6 biji bawang kecil (ditumbuk halus)
  • 20 biji cili api (ditumbuk halus)
    2 senduk tempoyak (agak2, nak pekat letak lebih lagi)
  • 1 biji timun cina (dipotong dadu)
  • 2 ikat daun kesum
  • 2 ikat bunga kantan sedikit asam keping
  • 3 cawan air (ikut kepekatan) garam (ikut rasa) gula (kalau agak terlalu pedas)
Cara-caranya:
Ikan dibersihkan dan diperapkan dengan asam jawa dan limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir ikan,kunyit hidup, bawang kecil dan cili api ditumbuk halus dan digaulkan dengan tempoyak tadi.masukkan kedalam periuk yang diletakkan air gaul sehingga rata masukkan juga asam keping, letak atas api dan biar 3 minit baru masukkan ikan yang terlebih dahulu dibersihkan,masukan bunga kantan, daun kesum dan timun cina tadi,sambil itu masuk kan garam, jangan terlampau masin, kalau agak2 pedas sangat masukkan gula sikit.

Cadangan Hidangan:
sedap dimakan panas dengan nasi putih, amat menyelerakan.

Tambahan:
Tempoyak biarlah yang 5 hari diperam baru sedap

3) KEK INDULGENCE
kek ni adalah kek yang menjadi kegemaran saya..malangnya saya masih tak tau nak wat camna..sape yang berminat sila pergi ke "secret recepi"..hehe

Ermm..sebenarnya nak masak ni mudah jer..cuma rajin or tak jer..if rajin macam2 boleh jadi...so saper yang berkenan dengan resepi ni amik la..cuba tau..buat gadis2 dirumah sana cubalah untuk belajar memasak sesunguhnya apabila kalian menjadi isteri dan mempunyai anak nanti hopefully sajian anda akan menjadi pilihan keluarga bukannya warong tepi jalan mahupun restoran terkemuka...








0 comments: