CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, August 12, 2010

Ramadhan yang dicari..

Assalamualaikum wbt....
Tangan ni rase semangat je nak menaip..hehe..lama jugak blog nier ditinggalkan...
nak kata buzy..mb saje buat2 busy kot..yang pasti sem ni sangat relax...
(Syukur sangat)...
Sempena bulan yang mulia nier saya harap semua umat islam dapat melakukan amal ibadah dengan sebaik-baiknya...jadikan lah bulan ini sebagai bulan yang dapat menambahkan lagi amal ibadah kita...InsyaAllah...

Penah dengar lagu ni x?

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua...

ermmm...lagu ni memberi makna yang mendalam buat kita..
entah la...yang pasti saya terharu+sedih+sebak+everything happen bila dengar lagu nier...

Harapan saya supaya ramadhan kali ini lebih baik berbanding dulu..bagi saya r

amadan yang sarat dengan janji pahala dan keampunan tidak layak untuk kita sia-siakan. Sesungguhnya puasa zahir ditandai dengan berakhirnya siang, iaitu ketika mulai tenggelamnya matahari di tempat istirehatnya.


Tapi bagi saya umat sekarang, semasa berbuka lupa Ramadan sekejap, rasa dunia ini kita yang punya, pelbagai jenis air, bermacam-macam warna dan rasa, kuih tak tau la berapa jenis (kuih cek mek la,gelang la,cara, kek indulgence n more than that), belum lagi lauk pauk (emm tak sabar nak makan ikan patin tempoyak mak buat). Pendek kata tak ada ruang lagi la atas meja tu. Akhirnya semua itu akan dimasukkan ke dalam tong sampah kerana perut tak dapat menampung beban makanan yang masuk…membazir bukan..tu la zaman sekarang..


Oleh itu saya menyarankan kepada semua pembaca blog ini, supaya berbuka la dengan ala kadar..tambah2 kepada kawan2 yang sedang belajar..save ur money ker..balik umah nanti baru makan banyak2 cikit..hehehe...kat umah segalanya terhidang..cuma beringatlah bahawa terdapat ramai lagi insan yang susah dan tidak dapat berbuka puasa dengan juadah yang lazat-lazat seperti yang kita perolehi..renung-renungkanlah...




















0 comments: