Sunday, August 29, 2010
:::kEnAngAN itU iNDAh:::
Posted by ~ Sabrina~ at 1:15 AM 0 comments
Friday, August 13, 2010
...= JODOH = SAYA+DIA+KAMU =...
Posted by ~ Sabrina~ at 6:36 AM 0 comments
Thursday, August 12, 2010
RESEPI AKU..
1.500 gm kacang soya 2.Sedikit garam 3.Gula secukup rase 4.Beberapa helai daun pandan Cara-cara membuatnya : | |
1. Rendamkan kacang soya sebanyak 500gm dalam air selama 24 jam. 2. Basuh kacang soya dan toskan 3. Kisar kacang soya bersama air dalam mesin pengisar (ukurannya ialah secawan kacang soya bersamaan dua cawan air) 4. Tapis kacang soya yang telah dikisar dengan kain sebelum dimasukkan kedalam periuk (ini untuk mengelakkan air soya berkeladak) 5. Proses mengisar boleh diulangi mengikut kepekatan air soya yang diingini. 6. Seterusnya masak air soya itu dengan api yang kecil (air soya hendaklah sentiasa dikacau) 7. Masukkan beberapa helai daun pandan 8. Masukkan secubit garam 9. Masukkan gula secukup rasa 10. Sekarang anda boleh menikmatilah air soya anda... 2) IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK Bahan-Bahan utama:
Ikan dibersihkan dan diperapkan dengan asam jawa dan limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir ikan,kunyit hidup, bawang kecil dan cili api ditumbuk halus dan digaulkan dengan tempoyak tadi.masukkan kedalam periuk yang diletakkan air gaul sehingga rata masukkan juga asam keping, letak atas api dan biar 3 minit baru masukkan ikan yang terlebih dahulu dibersihkan,masukan bunga kantan, daun kesum dan timun cina tadi,sambil itu masuk kan garam, jangan terlampau masin, kalau agak2 pedas sangat masukkan gula sikit. Cadangan Hidangan: sedap dimakan panas dengan nasi putih, amat menyelerakan. Tambahan: Tempoyak biarlah yang 5 hari diperam baru sedap 3) KEK INDULGENCE kek ni adalah kek yang menjadi kegemaran saya..malangnya saya masih tak tau nak wat camna..sape yang berminat sila pergi ke "secret recepi"..hehe Ermm..sebenarnya nak masak ni mudah jer..cuma rajin or tak jer..if rajin macam2 boleh jadi...so saper yang berkenan dengan resepi ni amik la..cuba tau..buat gadis2 dirumah sana cubalah untuk belajar memasak sesunguhnya apabila kalian menjadi isteri dan mempunyai anak nanti hopefully sajian anda akan menjadi pilihan keluarga bukannya warong tepi jalan mahupun restoran terkemuka... |
Posted by ~ Sabrina~ at 9:01 PM 0 comments
Ramadhan yang dicari..
amadan yang sarat dengan janji pahala dan keampunan tidak layak untuk kita sia-siakan. Sesungguhnya puasa zahir ditandai dengan berakhirnya siang, iaitu ketika mulai tenggelamnya matahari di tempat istirehatnya.
Tapi bagi saya umat sekarang, semasa berbuka lupa Ramadan sekejap, rasa dunia ini kita yang punya, pelbagai jenis air, bermacam-macam warna dan rasa, kuih tak tau la berapa jenis (kuih cek mek la,gelang la,cara, kek indulgence n more than that), belum lagi lauk pauk (emm tak sabar nak makan ikan patin tempoyak mak buat). Pendek kata tak ada ruang lagi la atas meja tu. Akhirnya semua itu akan dimasukkan ke dalam tong sampah kerana perut tak dapat menampung beban makanan yang masuk…membazir bukan..tu la zaman sekarang..
Oleh itu saya menyarankan kepada semua pembaca blog ini, supaya berbuka la dengan ala kadar..tambah2 kepada kawan2 yang sedang belajar..save ur money ker..balik umah nanti baru makan banyak2 cikit..hehehe...kat umah segalanya terhidang..cuma beringatlah bahawa terdapat ramai lagi insan yang susah dan tidak dapat berbuka puasa dengan juadah yang lazat-lazat seperti yang kita perolehi..renung-renungkanlah...
Posted by ~ Sabrina~ at 4:33 PM 0 comments
Wednesday, July 21, 2010
MONEY AKU INGIN KAMU
Posted by ~ Sabrina~ at 8:45 AM 0 comments
Thursday, April 15, 2010
Gembira + seronok+ happy+ ceria+ bahagia
Ingatlah sahabat…
Bunga itu menguntum indah,
Menyeri dan mekar memerah,
Dipuji dengan berbagai-bagai madah,
Esoknya bunga itu gugur ke tanah,
Serpih demi serpih ia punah,
Tanpa daun dan kelopaknya musnah.
Sahabatku…
Engkau bukan layu seperti bunga,
Dan aku bukan kumbang yang akan mengambil madunya,
Lambang bunga lambang sementara cuma,
Tetapi perjuangan kita tiada penghujungnya,
Daerah kita bukan daerah cinta,
Bukan masanya untuk memujuk kasih asmara,
Tiada senda gurau memanjang yang meleka,
Kerana kita dalam memperjuangkan agama.
Sahabatku..
Disini uda dan dara telah berkubur,
Kita bina atasnya jihad yang subur.
Ingatlah sahabat…
Bumi kita bumi yang payah,
Penuh peluh, air mata dan mungkin darah,
Bila kita jejak tapaknya perlu punyai wadah,
Ikuti dibelakang ulama’ supaya tak goyah,
Bila dikatakan pada mu: Perjuangan itu amat susah,
Kau katakanlah kembali: Aku mengharap hanya keredhaan dari Allah.
Sahabatku…
Semalam telah layu sekuntum bunga,
Telah gugur dari jambangannya,
Tetapi itu bukan perjuangan kita,
Bukanlah itu sebagai lambangnya,
Mulut telah kaku untuk bertanya,
Hati malu untuk memikirkannya,
Tidak seperti dahulunya,
Kita kuat berhujah dan bersuara.
Ingatlah sahabatku..
Kerana dulu dan kini kita tetap seorang mujahid,
Yang merindukan dan memburu syahid,
Maaf kiranya tuturku yang pahit.
Senyumlah sahabat..
Senyumlah dan serilah wajah,
Walau pudar dan hambar datang tak sudah,
Belajarlah menjadi seorang mujahid dan mujahidah,
Doaku agar kita berani seperti Hamzah,
Malah punyai semangat seperti Sumaiyah.
jadilah sahabat yang baik…
Memang sudah menjadi fitrah semulajadi manusia ingin berkawan dan bersahabat.
Sahabat sejati ialah yang sentiasa bantu membantu dalam mengerjakan kebaikan dan mencegah kemungkaran.
With love, ur roomates..
Posted by ~ Sabrina~ at 5:50 PM 0 comments