CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, October 13, 2009

RAYA.....

RAYA! RAYA! Perkataan ini memang syok dilafazkan especially waktu zaman kita kanak- kanak dulu. Emmm…kita baru saja sempurna mengerjakan sebulan puasa pada bulan Ramadan lepas dan Aidilfitri sudah pun disambut beberapa hari lalu. Pejam celik pejam celik sekejab je kita melangkah ke 24 syawal. Bagi aku perayaan tahun ni sangat seronok coz kakak aku balik kampong awal..bertambah lah ceria rumah bila anak saudara aku ade..walaubagaimana pun aku bangga coz hari raya tahun ini disambut dengan begitu meriah segenap masyarakat di Malaysia tanpa mengira umur dan tempat, termasuk mereka yang bukan beragama Islam. Tiada salahnya orang bukan Islam ingin memeriahkan suasana perayaan Aidilfitri ini dengan syarat ia tidak melanggar batasan ditetapkan hukum syarak. Keunikan rakyat Malaysia ini sukar dicari di negara lain.

Cakap pasal raya lupa plak topik utama yang ingin dibicarakan. Sebenarnya aku ingin berkongsi maklumat tentang rumah terbuka..emmm adakah ia membazir???

Masyarakat Malaysia akan menganjurkan rumah terbuka selepas hari raya dengan mengadakan jamuan besar-besaran dan sebagainya.Tentu ramai akan keletihan mengunjungi rumah terbuka yang kadangkala mencecah 10 rumah yang mesti dikunjungi pada satu hari. Mengadakan rumah terbuka sudah menjadi budaya masyarakat Melayu Malaysia seolah-olah perayaan tidak akan lengkap tanpa mengadakan rumah terbuka.

Jika diperhatikan perubahan budaya ini terutama di bandar, suatu ketika dulu tetamu sama ada saudara atau rakan taulan datang tanpa mengira adanya jamuan terbuka dan sebagainya, tetapi hari ini ia seolah-olah diterima ramai dan sebati dalam hidup kita. Kita tidak membantah pelaksanaan rumah terbuka tetapi konsepnya itu tidak meminggirkan apa yang sudah biasa diamalkan terdahulu oleh masyarakat Melayu Islam.

Begitu juga semasa mengadakan rumah terbuka, jangan keterlaluan hingga membawa kepada pembaziran. Dalam mengadakan rumah terbuka juga, jangan lupa kepada golongan tidak bernasib baik seperti fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal dan mereka yang ditimpa musibah kebakaran dan kehilangan orang tersayang.

Kadang-kala berlaku rumah terbuka diadakan tetapi jiran tetangga dan orang miskin berdekatan tidak dijemput sama. Ini suatu yang tidak wajar dan perlu dielakkan. Raikan mereka juga kerana mereka ini adalah saudara seagama dan orang yang hampir dengan kita. Tanggalkan pakaian adat yang kita pakai dalam meraikan Aidilfitri dan kenakan busana Islam ketika menyambut hari kemenangan itu.

Lihatlah perspektif Aidilfitri daripada kaca mata Islam sebenar. Aidilfitri adalah hari kebesaran Islam yang berbeza daripada perayaan lain yang semata-mata untuk kemeriahan tanpa menyelitkan sebarang unsur agama. Selepas berhari raya, ramai juga antara kita memulakan ibadat puasa enam. Beruntunglah mereka yang tidak ketinggalan melakukan puasa enam ini kerana Allah menjanjikan ganjaran besar kepada mereka yang menyempurnakan puasa Ramadan diikuti puasa enam hari pada bulan Syawal.

Jangan pula disebabkan terlalu banyak rumah terbuka, kita tidak berkesempatan berpuasa enam. Aidilfitri pasti ceria di kalangan kanak-kanak. Tentulah yang menyeronokkan mereka ialah tatkala menerima duit raya.

Mereka berlumba-lumba menziarahi rumah ke rumah semata-mata untuk mendapatkan duit raya. Itulah sifat kanak-kanak dan orang dewasa tidak patut menyalahkan mereka.Namun sebagai ibu bapa, kita boleh memberi panduan dan menanam semangat menabung hasil wang kutipan duit raya itu.

Semailah sifat berjimat cermat ini ketia mereka masih pada awal usia. Jangan mengajar mereka membazir dalam kehidupan seharian. Tentu ada sebahagian kita yang sudah meninggalkan kampung halaman untuk kembali ke bandar. Kedamaian di kampung terpaksa ditinggalkan kerana tuntutan kerja di ibu kota.

Kedua orang tua akan kembali kesepian mengenangkan anak cucu mereka di kota yang pulang hanya sekali setahun. Jenguklah kedua orang tua selalu sementara mereka masih ada. Berilah khidmat yang terbaik kepada mereka bagi membalas jasa dan budi baik mereka. Segala apa yang kita lakukan adalah terlalu kecil berbanding dengan pengorbanan yang mereka harungi untuk kita.

Banyak pengajaran yang dapat kita ambil sempena Aidilfitri ini. Bukalah mata, bukalah minda bagi menerima pengajaran itu dengan penuh ketulusan hati. Dengan cara itu kita akan kembali kepada fitrah manusia iaitu dalam keadaan suci bersih daripada noda dan dosa. Bagi golongan kurang bernasib baik atau mereka yang diuji Allah dengan pelbagai bentuk ujian, tentulah Aidilfitri disambut penuh kesayuan dan kesedihan.

Terutama mereka yang baru kehilangan orang tersayang sama ada kerana kematian, perceraian dan sebagainya, tabahkan hati dan bina keyakinan bahawa hari depan sudah pasti bercahaya dan penuh kebaikan apabila kita menerima ujian Allah dengan positif.

Semoga Aidilfitri ini disambut dengan baik dan menjadi titik tolak perubahan kita ke arah mencapai keredaan Allah.

Moga kita tidak akan mengulangi kesilapan lalu dan mengambil pengajaran daripada apa yang sudah kita lalui.InsyaAllah...

Thursday, September 17, 2009

SALAM AIDILFITRI




Takbir bergema jadi pertanda,

Tibanya SYAWAl hari yang mulia,

Kasih terputus dijalin semula,

Khilaf yang lalu maaf ku pinta,

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin...

Selamat hari raya untuk keluarga tercinta, lecturer- lecturer IPGMTAA, sahabat- sahabat IPGMTAA, my classmate bm sem 2 dan semua rakyat malaysia....

















Sunday, September 13, 2009

FOR MOM

Jam ESPIRIT untuk mak..love it..
hope mak suka la..

WAFIQ

Baju untuk Wafiq..beli kat world of cartoon..
mesti smart if wafiq pakai..

ICHA

baju untuk khalisya..cute kan

ME


Berbuka dalam cabel car jer..makan asam n air mineral

MENGUMIT RINDU

Assalamualaikum..firstly aku nak ucap thanz a lot kepada sahabatku Husna kerana sudi meminjam kan broadband ni...emmm thank tau na...
kat sini aku nak cta serba sedikit kisah yang tak dapat dilupakan..hehu2..
Semalam 12 Setember 2009, pukul 2.30 petang aku gi genting lagi..emm last aku pergi bulan 3 ari 2...huhu kira rindu jugak kat genting ni..emmm tapi untuk maklumat semua genting adalah tempat perjudiaan yang terbesar kat malaysia ni..kira ramai giler la Mat salleh n golongan Chiness datang..
Emmm niat aku g sana bukan aper.. just nak shoping baju n beli hadiah untuk mak..aku terharu sangat coz dapat belikan jam untuk mak n baju untuk anak buah aku..kepada mak..waiting for me tau..ina ada beli mak jam "ESPIRIT"..kepada Khalisya & Wafiq.. Cik na ada Surprize jugak..hehe x sabar nak balik cuti jumpa kalian berdua..emm lama jugak aku berjalan mencari baju2 untuk diarang..akhirnya aku masuk kat kdai "PONEY & WORLD OF CARTOON" emm nasib baik ada..kira best la coz akhirnya dapat jugak aku belikan baju untuk korang yerz..jam emak plak aku beli kat Japan shop..nasib baik senang nak cari..Tepat pukul 7 aku turun dari genting. Gayat juga naik Sky Walk 2 tapi aku buat besa je..emmm kiranya aku berbuka posa dalam keta cabel le..minum air mineral je..maklumlah makanan kat sana kan semua fastfood so x kenyang le if aku beli..sebelum turun aku beli air mineral (rm2.50) and asam Guava (rm8.56)..huhu mahal giler makanan kat situ..tapi x pe la sekali sekala...
Aku sampai kat restoran selera Bentong kol 8.30 malam..waktu ni memang perut berbunyi giler2..aku makan ikan siakap 3 rase, kangkong ikan masin,sotong goreng tepung n sambal belacan..sedap sangat..kira ok le.. firts time sepanjang bulan posa aku kat maktab makan banyak2 cam ni..hehe gemok la aku..
Tarikh 12 September 2009 adalah ari yang mengembirakan aku..tapi aku nak mintak maaf kat Husna, Kak fiz & Ayu..huhu x dapat nak bawak korang..memang x plan pun nak pi sana..tapi InsyaAllah if ada masa kita pegi k..love u all.
Kepada insan yang sudi membawa aku ke sana, tema ksih sangat2..sesungguhnya kenangan ini akan sentiasa terpahat dalam kotak fikiranku..love u..


























Saturday, September 12, 2009

IN MEMORY

macam2 gaya kawan2 aku ni...hehe yang pasti this is the nice pic


Ni pic kat air terjun..sweet pic

ASSALAMUALAIKUM..
lama dah x bersua..emm...rindu plak kat blog aku nie... ye la lama giler x update..
ari ni last aku guna broadband..so aku rase better aku apdate awal2...
Sempena bulan Ramadhan ni rasenya x terlambat lagi if aku nak wish selamat berpuasa kepada semua umat islam..emmm...sesungguhnya bulan Ramadhan ini adalah bulan yang penuh dengan keberkatan..INSYALLAH..
Semalam 11 september 2009..aku ngan kengkawan pi tangkap gambar ramai2..
emmm x larat rasenya nak p0sing n senyum banyak2...kira ok la..kelakar jugak tengok gelagat budak kelas aku ni..maklumlah lama dah tak tangkap gambar ramai2..
Gambar2 ni InsyaAllah Mek Yu akan edit..hopely cantik2 le...



Wednesday, August 12, 2009


...KEMBALI BERSUA....

Salam ziarah semua...petang ni aku ngan kak tiqz x turun padang.. kak tiqz letih coz handle pasal debate untuk super junior PPSMI sem 1...rasenya dah 2 hari aku tak turun main hoki ngan classmate aku..huhu nyesal jugak tak turun tapi amanah untuk siapkan essei merdeka kena diteruskan..Alhamdulillah siap gak petang ni..x tau la..hopefuly essei aku diterima..maklumlah last mint buat..emmm sory ek kengkawan if essei untuk class kita tak menang..tapi kalau menang memang aku bersyukur sangat..atleast naik jugak nama class kita..hehe doa2 la menang ekk...untuk maklumat essei 2 bertajuk "PENDIDIKAN NADI NEGRA"...tapi ilustrasi x siap agi..mb aku suruh ayu kot buat..maklumlah dia kan antara student yang pakar gak dalam mengedit gambar ni..harap2 dia nak la wat..tapi aku rase comform dia nak wat nyer..hehe ):


Kepada kawan ku bernama HASHIDA yang tinggi lampai tu sory sangat coz dah janji ngan kau nak turun padang sama2 setiap petang tapi dah 2 hri aku x turun..hehe ye la nak siapkan essei..nasib baik sempat siapkan..enjoy gak jog n main hoky or basket ball ngan kau..mb esok aku turun k..kita release our 10tion..


Kepada semua classmate aku berhati- hati dengan our lec (Cik ASiah)...ingin diingatkan setiap hari rabu..kita semua dikehendaki berada di class sebelum pukul 8..diharapkan peringatan ini dapat membuatkan kita semua untuk menuju ke class lebih awal..maklumlah our lec ni sangat puncual..hehehhe...bertindak sebelum kejadian semalam (HARI SELASA) berulangi... walaupun Cik Asiah bersikap begitu namun beliaulah yang bakal menjadikan kita sebagai guru yang lebih berdispin dan berketerampilan untuk masa akan datang..
Sekian,Wassalam


Tuesday, August 11, 2009

...STRESS VS DAUN TROP...
Petang ni.. 11 ogos tetiba aku tergerak nak tulis blog aku ni..entah la sekarang ni aku tak tahu kenapa aku rasa tertekan sangat...sometime rasa nak menjerit aje(aaaaaaaaaaaaaaa)...tapi aku kuatkan jugak semangat ni...petang2 aku akan turun padang jugak walaupun malas..ye la if tak turun mesti aku akan 10sion.. if aku turun atleast aku akan kurangkan steress aku ni...best rasenya menjerit kat tengah2 padang 2..emm tambah2 classmate aku memang kaki riuh..so no wonder la if kat padang 2 bising sangat..huhu..dunia2..tak tahu la bila masalah akan lari dalam hidup kita kan?...tapi setiap masalah tu kan ujian dari ALLAH S.W.T..so aku terima seadanya...

Aku rase kat dunia ni smua orang pernah stress..cara untuk kita atasi je yang berbeza..tadi waktu kat class aku ajak najib main trop..huhu saje nak hilangkan strees..mula2 aku main ngn usna, kak tiqz,shida & najib je...memang syok pun main ngan dak2 ni..yang paling kelakarnya kami perempuan 4 orang ni memang tak reti main trop tipu 2..huhu sian najib kena explain..hehe akhirnya berjaya gak faham...mula2 aku kalah..no wonder la aku tak reti main..tapi lama2 Alhamdulillah ok je..tengah syok2 main..ramai lagi classmate aku nak main..titod, gee, fahmi,kimi and azmi pun nak join jugak..huhu kita orang pun main la..hehe aku tetap kalah gak...
tapi honest aku cakap aku memang tak reti main trop 2..memang best main ngan kawan-kawan tadi..rase macam ukhwah antara kami semakin erat..emm..last main tadi aku menang..syok gak..tapi kebetulan je 2..aku bahagia ngan kawan2 aku sekarang..boys class aku pun dah semakin spoting..stress aku pun tadi dah berkurang...emmm lega sangat... aku rase bahagia sangat dok klass tadi..ye la tetiba ukwah kami yang dulu renggang semakin terjalin..sekarang aku rasa ukhwah kami cam adik beradik dah..heheehe..hopely ukhwah itu akan terus berkekalan...Akanku panjatkan doa supaya kita student Bm sem 2 ni akan berjaya di dunia dan diakhirat..love u all..cayok2..

Sunday, August 9, 2009

....RAHSIA WARNA KEGEMARAN KAUM HAWA....

Warna dapat menaikkan seri seseorang wanita..ada yang suka warna merah, hijau dan ada yang warna- warni..emmm..aku plak paling suka calour biru lembut and hitam..bagi aku warna hitam boleh masuk ngan smua baju aku..itu yang penting pun..
Menurut pengkaji, wanita dapat dinilai perwatakannya melalui warna kegemarannya. Di sini, disebut serba ringkas tentang wanita, warna dan tafsiran perwatakannya.

MERAH
Berani, emosional, tegas, tamak, tahan melawat dan suka bersenang-senang.


BIRU
Setia pada pasangan, pandai menyimpan wang, kuat kemahuan, suka berterus-terang, jujur, cekap memberi maaf dan tegas.


HIJAU
Subur, suka kepada kebahagiaan, tidak suka bergaduh atau bertekak, patuh pada pegangan agama,suka berhias, teguh pendirian hingga kadang-kadang seakan kolot.


HITAM
Suka menyendiri, prihatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tidak mudah dipengaruhi, kuat berfikir, setia pada pasangan, baik hati tetapi cepat tersinggung.


COKLAT
Kaya dengan sifat keibuan, suka merendah diri, sopan santun, halus budi pekerti, hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah.


UNGU
Pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif, bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap.


KELABU
Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka bekorban peranan cerdas dan bijak.


KUNING
Menyukai ilmu, gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi cabaran.


PUTIH
Bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur,rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakal.

Friday, August 7, 2009

......GAGAHKAH WANITA....
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan tetapi pada kekuatan perasaan Perempuan yang gagah….
1.Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan..
2.Adalah perempuan yangtidak takut pada kemiskinan...
3.Adalah perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan..
4.Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan..
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguhnya iman..
Seluruh kegagahan ini ada pada Khadijah yang ehsan adalah kegagahan yang sempurna bagi seorang wanita.

“ Apabila wanita derhaka, dunia lelaki akan huru-hara.Lelaki pula janganlah menharapkan ketaatan,tapi binalah kepimpinan pastikan sebelum memimpin wanita menuju Ilahi, Pimpinlah dirinya sendiri kepadaNYA. Jinakkan diri kepada Allah nescaya akan Jinakkan segala-galanya, Di bawah pimpinanmu..
“Janganlah mengharap isteri semulia Fatimah az-Zahra andai peribadimu tidak sehebat Saidina Ali Karram Allah Wajhah….”

....RAHSIA PERKATAAN "BYE"....


Perkataan ‘BYE’ merupakan JARUM SULIT kristian…didalam bahasa Arab bermaksud “fi hafzil baba” manakala dlm bahasa Malaysia b’maksud di bwh naungan pope (paderi).
Sebaik2nya gantikan perkataan BYE tersebut kepada “Assalamualaikum” kerana sesungguhnya Islam yang diwariskan kepada kita oleh junjungan besar Nabi Muhammad SWT itu sudah lengkap dan sesuai untuk diamalkan sehingga ke akhir zaman… Cuma kita sahaja yang gemar menuruti budaya barat… (Budaya orang kafir laknat Nauzubillah. ..)

Thursday, May 14, 2009


" Budi Bahasa dan Nilai Murni Khazanah Kita"

Malaysia hari ini, situasi negara semakin maju dan membangun dengan kepesatan dalam pelbagai bidang termasuklah pembangunan ekonomi, peningkatan kualiti hidup, masyarakat yang berilmu dan juga masyarakat yang berdaya maju.
Tambahan pula, prinsip pembangunan tersebut digilap dengan asas keIslaman yang dipandang sebagai suatu teori sejajar dengan kemajuan masyarakat.


Islam Hadhari menjadi satu garis panduan berasaskan prinsip sebenar Islam di dalam menggalakkan peningkatan terhadap kemajuan dan pembangunan yang seterusnya akan menjamin kualiti hidup. Masyarakat pula semakin sedar untuk hidup berlumba-lumba mempertingkatkan status kedudukan sebagai suatu kelompok yang berdaya maju dan bertanggungjawab terhadap hal ehwal dan permasalahan serta keperluan negara.

Dengan sikap majoriti secara dominan sebagai suatu masyarakat produktif dan berwibawa, maka negara kita semakin menuju ke arah kecemerlangan, kegemilangan dan terbilang.
Di sebalik pembangunan fizikal dan kebendaan tersebut, kita sebagai masyarakat yang terbilang perlu mempunyai agenda tersendiri agar tidak semata-mata hanya mempunyai infrastruktur kelas pertama tetapi memiliki mentaliti kelas ketiga.

Masyarakat perlu memperkukuh lagi aspek budi bahasa dan nilai-nilai murni yang semakin diabaikan sejak akhir-akhir ini.
Sebagai rakyat Malaysia kita perlu ada kesedaran mengenai asal usul dan acuan kita sendiri yang boleh dilabelkan sebagai "Orang Timur". Orang Timur bukan hanya dikenali dengan penilaian rupa bentuk fizikal sahaja. Akan tetapi kita mewarisi satu khazanah paling berharga yang yang menjadikan kita sebagai masyarakat Timur yang berwibawa. Dari aspek kenegaraan pula, Perdana Menteri kita pada 11 Januari 2005 lalu menggambarkan bahawa "Budaya dan sistem nilai itulah yang sebenarnya menjadi kayu ukur dan mercu tanda sebuah negara maju."
Demikian diucapkan pada majlis pelancaran Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni.
Demikianlah betapa pentingnya peranan budi bahasa dan nilai-nilai murni dalam aspek kemajuan kita "sendiri" sebagai masyarakat timur atau masyarakat ‘melayu'. Kepentingannya adalah meliputi matlamat Malaysia yang mempunyai matlamat mencapai Wawasan 2020 dan menjadi bangsa yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.
Matlamat yang lebih penting di sebaliknya adalah menjadi sebuah masyarakat yang maju mengikut cara kita sendiri dengan erti kata menambahkan peningkatan hidup dan kemajuan tanpa mengurangi nilai-nilai penting khazanah bangsa kita sendiri.

Budaya berbudi bahasa dan mengamalkan nilai-nilai murni bukan sekadar perlu dipertahankan bahkan perlu diperkayakan lagi agar ia tidak mengalami kepupusan serta sentiasa berkesinambungan untuk diwarisi daripada generasi ke generasi seterusnya. Usaha kita mempertahankan budaya dan adat resam perlu juga disertai dengan aspek tingkah laku berbudi bahasa. Malaysia memerlukan pembangunan nilai dan budaya yang betul.

Tegak rumah kerana sendi,
Runtuh sendi rumah binasa,
Sendi bangsa ialah budi,
Runtuh budi, runtuhlah bangsa.